Mayat pertama tiga beradik dikhuatiri lemas ditemukan

Mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemukan di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada jam 9.50 pagi tadi.
Mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemukan di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada jam 9.50 pagi tadi.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Mayat pertama melibatkan tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini, ditemukan pagi tadi.

Mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai, kira-kira empat meter dari tebing sungai pada jam 9.50 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat mangsa dikesan di dasar sungai sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas pihaknya membuat selaman, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

"Kita akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa iaitu Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik dikhuatiri lemas di muara sungai Kuala Telemong

Artikel Berkaitan:

Tiga beradik lemas: Operasi SAR diperluas