Penunggang motosikal putus kaki kanan

Penunggang motosikal putus kaki kanan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 23, Jalan Seremban-Tampin, dekat Chembong malam tadi. - Foto pembaca
Penunggang motosikal putus kaki kanan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 23, Jalan Seremban-Tampin, dekat Chembong malam tadi. - Foto pembaca
A
A
A

REMBAU - Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan selepas dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 23, Jalan Seremban -Tampin di Chembong malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu membabitkan motosikal, kereta jenis kereta Honda Accord dan lori.

"Kejadian berlaku ketika Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 30-an cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi gagal lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa berusia 20-an dari arah bertentangan.

"Rempuhan itu mengakibatkan motosikal mangsa terbabas sebelum melanggar pula bahagian belakang lori," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan putus kaki kanan.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 50 tahun dan pemandu Honda Accord serta penumpang lelaki tidak mengalami kecederaan.

"Pemandu Honda Accord yang meninggalkan lokasi selepas kejadian itu telah pun dikesan polis.

"Lelaki terbabit meninggalkan lokasi kejadian kerana bimbang berlaku kekecohan disebabkan kemalangan berlaku namun siasatan lanjut akan dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan: