Polis kesan penunggang motosikal rempuh kereta

Rakaman video tular memaparkan sebuah kereta dirempuh sebuah motosikal di Batu 6, Jalan Gombak Lama pada Ahad.
Rakaman video tular memaparkan sebuah kereta dirempuh sebuah motosikal di Batu 6, Jalan Gombak Lama pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesan penunggang motosikal yang merempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas di Batu 6, Jalan Gombak Lama di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, kereta dipandu lelaki berusia 87 tahun tersebut telah keluar dari simpang menghala ke Gombak, dari Kampung Kerdas.

"Kereta berkenaan keluar dari simpang, tiba-tiba dirempuh sebuah motosikal yang datang dari arah kanan.

"Kereta tersebut kemudian terbabas ke kiri jalan akibat rempuhan itu, manakala penunggang motosikal tercampak ke atas jalan raya

"Lelaki warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kita masih mengesan penunggang motosikal berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 3(2)(B) LN166/5943(1).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan diminta tampil ke balai berdekatan.

"Saksi kejadian juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azamil ditalian 0196004104 atau 0361262222 untuk tindakan lanjut," katanya.