Majlis di kuil: Polis rakam keterangan 33 individu

Keratan berita
Keratan berita
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis merakam keterangan 33 individu berhubung kejadian tular membabitkan majlis perkahwinan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kuil di Seri Kembangan, Serdang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam sebanyak 18 keterangan dari saksi termasuk pengerusi kuil dan 15 lagi saksi daripada dalam kalangan pengantin yang hadir.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat video tular majlis kahwin di kuil

"Selain itu, siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, dalam video berdurasi satu minit tular menunjukkan beberapa individu berkumpul dan mengadakan majlis perkahwinan di kuil terbabit.

Kejadian disedari orang awam yang memandu di kawasan itu yang melihat deretan kereta di hadapan kuil serta orang ramai berkumpul di dalam kuil berkenaan.

Artikel Berkaitan: