Polis akan rakam keterangan ADUN Kubu Gajah

Poster palsu mengenai pelantikan Teresa sebagai Pengerusi Felda baharu tular di media sosial, Khamis lalu.
Poster palsu mengenai pelantikan Teresa sebagai Pengerusi Felda baharu tular di media sosial, Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya bagi membantu siasatan berhubung fitnah berkaitan pelantikan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, Khalil dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada Selasa ini.

"Janji temu sudah dibuat untuk rakaman percakapan Khalil pada jam 10 pagi di IPD Taiping," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan, polis menerima laporan dibuat Teresa Kok berhubung poster pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.

Siasatan polis mendapati berita palsu itu berasal dari laman sosial Facebook Khalil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.