Kereta bawa lembu curi terbalik

Terdapat seekor lembu berhampiran lokasi kemalangan. - Foto Ihsan PDRM
Terdapat seekor lembu berhampiran lokasi kemalangan. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

REMBAU - Sebuah kereta membawa seekor lembu disyaki dicuri terlibat kemalangan di simpang tiga Pedas-Pilin di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superitendan Anuar Bakri berkata, kereta Proton Wira dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu terbalik dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.

"Polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi. Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan, namun pemeriksaan di dalam keretanya menemui satu set senapang angin buatan sendiri.

"Terdapat seekor lembu berhampiran lokasi kemalangan dan hasil siasatan awal mendapati, haiwan itu dibawa oleh suspek dengan meletakkannya di dalam bonet kereta," katanya kepada Sinar Harian.

Kereta Proton Wira dipandu suspek terbalik. - Foto Ihsan PDRM
Kereta Proton Wira dipandu suspek terbalik. - Foto Ihsan PDRM

Menurutnya, kes disiasat mengikut 8(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan.

Beliau berkata, suspek mempunyai rekod lampau kes mencuri haiwan berkenaan.

"Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil memberi maklumat kepada pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.

Artikel Berkaitan:

"Boleh hubungi talian 06-6851999 atau menghubungi Asisten Superintendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau Sarjan Mejar Ab Wahab Abu Bakar di talian 011-35562291 untuk membantu siasatan," katanya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan PDRM
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan PDRM