Pemandu treler rentung terlibat kemalangan

Keadaan treler terlibat kemalangan di Kilometer 109 Lebuhraya Pagoh-Yong Peng pada Selasa.
Keadaan treler terlibat kemalangan di Kilometer 109 Lebuhraya Pagoh-Yong Peng pada Selasa.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki rentung selepas treler dipandu terlibat kemalangan di Kilometer 109 Lebuhraya Pagoh-Yong Peng dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berkenaan kemalangan berlaku pada jam 12.40 tengah malam.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bharu hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kiri jalan lalu terbakar.

"Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu treler terbakar keseluruhan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sekiranya mana-mana saksi awam terlihat kejadian kemalangan boleh tampil ke Balai Polis Trafik Batu Pahat atau berhubung dengan pegawai penyiasat di talian 07- 4327704," ujar beliau.