Tiada diskriminasi anak petugas barisan hadapan di taska

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berlaku diskriminasi terhadap anak-anak petugas barisan hadapan khususnya kakitangan hospital di taman asuhan kanak-kanak (taska), sebaliknya mereka hanya ditempatkan di ruang khas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu dilakukan selari dengan kedudukan kanak-kanak tersebut sebagai kumpulan berisiko.

Menurutnya, selain kumpulan keluarga yang berkaitan kes positif koronavirus (Covid-19), anak-anak petugas barisan hadapan juga tergolong dalam kelompok tersebut memandangkan ibu atau bapa juga berkemungkinan dijangkiti wabak tersebut.

"Jadi mengikut garis panduan ialah untuk taska dan sebagainya adalah kita perlu melihat kepada risiko tersebut (kumpulan berisiko).

"Tapi apa yang perlu kita lakukan bukan diskriminasi atau kita sekat kanak-kanak datang ke taska.

"Kita tidak sekat, tapi kita khaskan satu tempat untuk anak-anak barisan hadapan KKM," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud diskriminasi ke atas anak-anak petugas barisan hadapan yang ditempatkan di taska.

Ia susulan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) di taska ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan: