X

Kindly register in order to view this article
!

Solskjaer sudah buang epal busuk

Sanchez antara pemain yang meninggalkan kem The Red Devils.
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan suasana di kem The Red Devils pada ketika ini lebih harmoni selepas melepaskan beberapa pemain sebelum ini.

Menurutnya, pemain skuadnya juga mula mempamerkan kesefahaman sekali gus membentuk falsafah sebenar kelab berkenaan sebelum ini.

“Saya lebih memilih mempunyai lubang di skuad dibandingkan seseorang yang menjengkelkan. Keperibadian sangat penting kerana dari situ kami membentuk karakter Manchester United sebenar.

“Anda ingin pemain memiliki sedikit ego dan keunggulan, tapi mereka harus boleh beradaptasi. Secara jujur ada beberapa perkara yang tidak saya suka tahun lalu, beberapa agenda peribadi yang tak boleh di atasi sampai musim panas.

"Selalu akan ada pemain yang mahu minit perlawanan lebih banyak, tapi sekiranya sesebuah kelab itu mahukan kejayaan, maka pemain harus bersedia bermain dalam masa yang berbeza. Saya percaya tiada lagi epal busuk di dalam kelab ini lagi,” katanya.

The Red Devils sebelum ini melepaskan beberapa tonggak tahun lalu seperti Ander Herrera, Antonio Valencia, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Sanchez turut meninggalkan kem The Red Devils.
Sanchez turut meninggalkan kem The Red Devils.

Kehilangan itu kemudian ditambah Solksjear dengan pembelian tiga pemain Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire dan Daniel James.

Kehadiran ketiga-tiga pemain ini memberi impak positif kepada Solksjear yang berdepan tekanan untuk meningkatkan semula prestasi kelab.

Magis Bruno Fernandes yang dibeli dari Sporting Lisbon juga membolehkan The Red Devils kini berada pada kedudukan kelima liga dengan 45 mata.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus