KPLB lantik pengerusi baharu Perda

Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melantik pengerusi, ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Mara Corporation bagi agensi di bawahnya berkuat kuasa hari ini.

Menurut menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, bagi jawatan Pengerusi Perda, KPLB telah melantik Khalid Mehtab Mohd Ishaq mengisi jawatan berkenaan.

Turut dilantik dua Ahli Lembaga Pengarah Perda yang baharu dilantik iaitu Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin dan Mohd Yusni Mat Piah.

"Lantikan ini bertujuan untuk terus memperkasakan agar semua agensi terbabit agar dapat berperanan dengan nilai akauntabiliti serta tadbir urus yang baik," katanya.

Kementerian itu turut mengumumkan pelantikan enam orang Ahli Lembaga Pengarah Mara Corporation iaitu Tan Sri Azman Shah Haron Idris, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Datuk Asri Hamidon, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, Datuk Suhaili Abd Rahman dan Mohd Hisham Mohamed Yaakob.

Terdahulu, pada 8 Mei lalu, KPLB telahpun mengumumkan pelantikan Pengerusi Mara Corporation, Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2020.

"Kementerian yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman semua barisan dilantik ini, mereka mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: