Hasbullah dilantik Pengerusi SPNB

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 12 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2022.

SPNB dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Hasbullah bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Mentek yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Menurutnya kenyataan tersebut, Hasbullah merupakan individu berpengalaman luas yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pelaburan TH Properties Sdn Bhd (anak syarikat Tabung Haji).

Jawatan lain pernah disandang beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah Ladang Lekir Anak Syarikat Perbadanan Pertanian Negeri Perak, Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Ahli Lembaga Pengarah FGV Downstream (anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd).

Beliau juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ITC Sdn Bhd (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak), Pengerusi ALPHA (PNS) dan Pengerusi Pusat Reka Bentuk Pembangunan Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat Majlis Amanah Rakyat).

Artikel Berkaitan: