Tun M jalani rawatan fisioterapi, proses pemulihan dijangka ambil masa

Tun Mahathir
Tun Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM – Doktor pakar memutuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan merupakan pilihan terbaik buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengalami patah tulang pinggul akibat terjatuh di kediamannya di The Mines, Selasa lalu.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama pasukan doktor pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Hospital Kuala Lumpur.

“Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir, proses pemulihan ini dijangka mengambil jangka masa yang agak lama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, negarawan itu masih meneruskan rawatan di IJN dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali keluarga terdekat buat masa ini.

Pada masa sama, Sufi turut menyampaikan ucapan terima kasih daripada Tun Mahathir dan keluarganya atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan beliau.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan bahawa pemimpin berusia 100 tahun itu disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan dan dijangka dirawat di hospital selama beberapa minggu bagi tujuan rawatan serta pemantauan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Doktor pakar memutuskan rawatan fisioterapi tanpa pembedahan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang patah tulang pinggul
  • Keputusan itu dibuat bersama pasukan doktor pakar dari beberapa institusi perubatan
  • Proses pemulihan dijangka mengambil masa yang lama memandangkan faktor usia Tun Dr Mahathir
  • Beliau masih meneruskan rawatan di IJN dan tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali keluarga terdekat
  • Tun Mahathir mengucapkan terima kasih atas doa dan keprihatinan yang ditunjukkan kepadanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!