Polis Selangor perhebat SJR menjelang raya

Sebanyak 118,852 kenderaan diperiksa dalam 14 sekatan jalan raya sejak Rabu lalu hingga semalam, dengan 2,405 kenderaan diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran.
Sebanyak 118,852 kenderaan diperiksa dalam 14 sekatan jalan raya sejak Rabu lalu hingga semalam, dengan 2,405 kenderaan diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor akan memperhebatkan sekatan jalan raya di lima laluan keluar utama di negeri ini bagi mengekang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran menjelang sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, lima SJR berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Putra Mahkota dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan berhampiran Plaza Tol Bandar Serania.

“SJR turut akan dijalankan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan berhampiran Plaza Tol Eco Majestic dan di Plaza Tol Gombak. Kesemua SJR ini akan dibuat di laluan lebuh raya itu sendiri.

“Mana-mana kenderaan didapati melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran akan dikenakan kompaun serta diarah berpatah balik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah Muhammad Yazid, 118,852 kenderaan diperiksa dalam 14 sekatan jalan raya sejak Rabu lalu hingga semalam, dengan 2,405 kenderaan diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran.

Beliau berkata, bagi tempoh 6 Mei sehingga semalam juga, polis menerima 33,090 permohonan rakyat Selangor untuk merentas negeri dengan 30,112 daripadanya diluluskan selepas memenuhi syarat ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: