Dua berita palsu berkaitan feri, MyEG

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang tular di media sosial hari ini adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya menjelaskan, Jabatan Laut Malaysia menafikan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah memberi kebenaran kepada pengusaha feri Langkawi untuk mengenakan bayaran tambahan bagi penjarakan sosial ke atas penumpang dari Terminal Penumpang Kuah, Langkawi ke semua destinasi dan sebaliknya.

"Jabatan Laut Malaysia menjelaskan hanya Lembaga Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri sahaja dengan Menteri MOT yang boleh menetapkan kadar harga untuk membawa penumpang atau kargo oleh mana-mana kapal yang terlibat dalam perkapalan dalam negeri," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menafikan dakwaan pihaknya bekerjasama dengan MY EG Berhad (MyEG) untuk mengatur pelaksanaan Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso di premis majikan.

"Perkeso menjelaskan pendaftaran program saringan tersebut hanya boleh di buat melalui portal PSP Perkeso di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my manakala syarat dan prosedur saringan dipaparkan di laman sesawang www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi Perkeso," katanya.

Artikel Berkaitan: