Pembangkang tegur kerajaan, bukan caci: Tun M

 Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Isu politik negara yang dibawa pembangkang adalah sebagai teguran terhadap kerajaan, bukan bermaksud untuk membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau yakin titah Seri Paduka Baginda semasa merasmikan pembukaan sidang baharu Parlimen pagi tadi bukan bermakna pembangkang tidak boleh bersuara mengenai masalah negara.

"Saya tak percaya tuanku bermaksud kita tak boleh cakap langsung berkenaan masalah-masalah dalam negara. Kalau tak boleh cakap langsung, lebih baik kita mansuhkan saja Parlimen.

"Kita masih ada Parlimen dan Parlimen akan bersidang dan (pembangkang) terpaksa tegur kalau kerajaan buat benda-benda tak betul.

"Kalau tak boleh tegur, tak ada makna ada persidangan," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai titah Seri Paduka Baginda yang mahu agar anggota Parlimen tidak mengheret Malaysia dalam kancah krisis politik.

Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan pembangkang ialah peranan yang perlu dilakukan.

"Baginda berkata jangan caci-mencaci. Kita tak panggil orang dengan nama-nama buruk tapi kita suarakan teguran pada kerajaan, menjadi tugas ahli Parlimen sama ada dalam atau luar kerajaan untuk suarakan segala masalah dihadapi rakyat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Jangan heret negara ke kancah politik tidak menentu, titah Agong

Artikel Berkaitan:

Yang di-Pertuan Agong hari ini menasihatkan pemimpin-pemimpin politik agar tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat sedang berdepan dengan masalah dan masa depan yang sukar akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Seri Paduka Baginda juga berpesan sebagai seorang pemimpin mereka hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik.