Tiga ditahan bantu siasatan kelulusan perancangan pembangunan

Gambar kecil: Mohd Zakaria
Gambar kecil: Mohd Zakaria
A
A
A

SHAH ALAM – Seramai tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima ganjaran bagi mendapatkan kelulusan perancangan pembangunan yang membabitkan kerugian RM1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, tiga tangkapan membabitkan kes berkenaan.

"Polis turut menahan sepasang suami isteri dan seorang lagi lelaki untuk siasatan kita masih menjalankan siasatan,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Bekas Setiausaha Politik Khalid ditahan

Semalam bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas Setiausaha Politiknya direman sejak Jumaat lalu.

Khalid menerusi akaun Twitter rasminya memaklumkan, individu berkenaan disiasat atas aduan sebuah syarikat arkitek yang diberi Development Order (DO) palsu oleh seorang 'broker'.

Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama bekas Setiausaha Politik itu yang kononnya telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

Bagaimanapun, Khalid yang mendedahkan perkara itu memaklumkan bahawa broker tersebut turut disiasat.

Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang arkitek berurusan dengan lelaki dipercayai bergelar Datuk serta isterinya masing-masing berusia 66 dan 43 tahun bagi mendapatkan kelulusan perancangan bangunan pembangunan pada awal Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Selepas berbincang, lelaki itu bersetuju membuat pembayaran dan dia menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta kepada suspek serta isterinya di parkir di Kuala Lumpur sebelum menerima surat yang diminta.