Bekas Setiausaha Politik Khalid ditahan

Kenyataan yang dimuatnaik di Twitter Khalid Samad.
Kenyataan yang dimuatnaik di Twitter Khalid Samad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad direman polis semalam.

Perkara itu disahkan oleh Khalid sendiri di laman Twitternya sebentar tadi.

Khalid berkata, bekas Setiausaha Politiknya ditahan berikutan aduan dari sebuah syarikat arkitek yang diberi Development Order (DO) palsu oleh seorang broker.

"Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Haji Azli yang konon telah mendapatkan ganjaran bagi pihaknya.

"Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

"Saya diberitahu broker berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah menjual nama ini," katanya.

Khalid berkata, kepercayaan 'cash is king' memungkinkan broker berjaya.

"Broker kaya, yang nama dijual teraniaya," katanya.

Artikel Berkaitan: