Sanusi sah Menteri Besar Kedah baharu

Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-14 kira-kira jam 3.05 petang tadi.
Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-14 kira-kira jam 3.05 petang tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah yang ke-14 kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini.

Muhammad Sanusi, 46, merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah dan sebelum ini adalah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Mukhriz lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta-merta

Pelantikan Muhammad Sanusi menamatkan kemelut politik di Kedah selepas Pakatan Harapan (PH) kehilangan majoriti untuk mentadbir negeri apabila dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar parti.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.

Jawatan Menteri Besar sebelumnya dipegang oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018.

Mukhriz yang merupakan ADUN Jitra mengangkat sumpah kali kedua sebagai Menteri Besar Kedah selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Kedah ke-11 selepas mengangkat sumpah pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional (BN) merampas pentadbiran negeri dari Pas pada PRU13, sebelum ADUN dan Ahli Parlimen UMNO menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat lepas, Sultan Sallehuddin menerima menghadap 36 ADUN Kedah termasuklah 23 daripada Perikatan Nasional, Bersatu dari kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), Bebas (dua) pada sebelah pagi, manakala 13 ADUN PH di sebelah petang susulan krisis politik di negeri ini.

Ini merupakan pelantikan Menteri Besar Kedah yang kedua dalam tempoh dua tahun selepas PRU14.