Covid-19: JAIPk tak benar ziarah kubur pagi raya

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Umat Islam di negeri ini tidak dibenarkan menziarahi tanah perkuburan pada pagi Aidilfitri nanti sepertimana kebiasaan kerana dikhuatiri meningkatkan risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, larangan itu tertakhluk di bawah aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang perayaan ini sepertimana dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ketetapan kita sama seperti dibuat MKN dan kita nasihatkan orang ramai agar tidak berkumpul di tanah perkuburan.

“Kebiasaan di tanah perkuburan ini orang akan menziarah dalam tempoh lama dan ada kemungkinan duduk secara rapat sebab kebanyakan kubur berada hampir antara satu kubur dengan kubur yang lain.

"Kalau dalam satu masa sampai beratus orang datang, sudah jadi situasi orang ramai berkumpul dan boleh merebak jika di situ ada wabak," katanya.

Beliau berkata, aktiviti menziarahi kubur sewaktu Aidilfitri seolah-olah sudah menjadi adat, sedangkan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.

“Ziarahlah pada hari lain, sekarang ni kalau duduk di rumah dan membacakan doa dan ayat al-Quran, pahala pun dapat," katanya.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi kelonggaran bagi aktiviti ziarah tanah perkuburan pada Ramadan dan Aidilfitri dengan hanya menetapkan 20 individu dalam satu-satu masa.

Artikel Berkaitan: