Covid-19: Kes kluster asrama pekerja asing di Singapura meningkat

Singapura hari ini mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891.
Singapura hari ini mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891.
A
A
A

SINGAPURA - Singapura hari ini mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891.

Data awal pada tengah hari tadi menunjukkan hanya satu kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap sementara selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, ia masih meneliti perincian kes dan akan mengemas kini laporannya kemudian.

Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,326 sebagai kes komuniti, 580 kes dari luar, 434 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 23,758 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dalam laporan penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata, bilangan kes baharu telah menyusut kepada purata lima kes sehari minggu lepas daripada purata lapan kes sehari pada minggu sebelumnya,

“Bilangan kes yang tidak berkaitan dalam komuniti juga berkurangan kepada purata dua kes sehari minggu lepas daripada purata tiga kes sehari pada minggu sebelumnya, ” katanya.

Pada masa ini, sejumlah 5,973 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj dari hospital dan fasiliti penjagaan komuniti.

Sementara itu, 1,072 kes yang disahkan buat masa ini masih berada di hospital dengan 20 di tempatkan di unit rawatan rapi dan 21 meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Kementerian itu berkata, 19,032 yang mengalami simptom ringan, atau secara klinikalnya baik tetapi didapati positif COVID-19, diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti.

Rabu lepas, MOH mengenal pasti hanya satu kluster baharu sementara tiada kes baharu dilaporkan di kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol yang kekal dengan 2,562 kes.

Sementara itu, asrama pekerja asing terbesar di Singapura, Sungei Tengah Lodge mencatat 1,614 kes yang disahkan sekarang. - Bernama