Restoran 24 jam diarah tutup serta merta

Mohd Rashidi (kiri) menampal notis penutupan premis ke atas restoran 24 jam di Seksyen 9, hari ini.
Mohd Rashidi (kiri) menampal notis penutupan premis ke atas restoran 24 jam di Seksyen 9, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan sebuah restoran 24 jam di Seksyen 9 di sini ditutup serta-merta selepas beroperasi dalam keadaan kotor.

Pekerja restoran gagal memastikan dapur dalam keadaan bersih dan pemarkahan kebersihannya kurang 50 peratus antara faktor MBSA mengarahkan premis ditutup selama dua minggu untuk kerja pembersihan.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, sebanyak tujuh premis makanan diperiksa dalam operasi mengejut diadakan, hari ini.

Menurutnya, operasi diadakan sebagai memberikan peringatan kepada pengusaha makanan untuk memastikan restoran beroperasi mengikut piawaian kebersihan ditetapkan MBSA.

Mohd Rashidi (tengah) menerangkan kesalahan dilakukan pengusaha premis makanan sehingga arahan penutupan dikeluarkan.
Mohd Rashidi (tengah) menerangkan kesalahan dilakukan pengusaha premis makanan sehingga arahan penutupan dikeluarkan.



"Kami dapati tempat untuk penyediaan makanan ditahap tidak memuaskan. Bagaimanapun kami akan terus membuat pemantauan memastikan mereka mencapai tahap yang kami kehendaki.

"Pemeriksaan juga bagi memastikan mereka menghadiri kursus pengendalian makanan dan pekerjanya mendapatkan suntikan anti-typhoid (TY2)," katanya.

Katanya, sebanyak empat restoran diarah tutup dalam pemeriksaan terhadap 70 premis makanan yang diadakan sejak tahun lalu.

"Kita harap semua pemegang lesen memastikan premis mereka bersih. Pada hari ini cuma penguatkuasa MBSA yang terlibat tetapi agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Selangor, Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan turut serta pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan pada hari ini menggunapakai undang-undang kecil (UUK) MBSA 2007 termasuk Establisymen Makanan, Pengendalian Makanan, Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian serta Akta Jalan Parit dan Bangunan," katanya.

Katanya, operasi diadakan melibatkan Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!