SOP pengendalian Mahkamah Majistret DBKL dikeluarkan

Kenyataan media dimuat naik DBKL berhubung perkara itu.
Kenyataan media dimuat naik DBKL berhubung perkara itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu berhubung pengendalian dan tata cara kes Mahkamah Majistret pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan daripada arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebelum ini berhubung perkara itu.

Khairul Azmir berkata, DBKL menerusi Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan isu-isu perundangan berkaitan agensi ini.

"Susulan itu, DBKL akan mengambil tindakan susulan berkaitan garis panduan yang akan dikeluarkan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Dalam pada itu, Khairul berkata, kes- kes yang telah diberi tarikh sebutan bermula 18 Mac lalu juga akan diberi tarikh sebutan baharu selepas ini.

Artikel Berkaitan: