Peniaga Pasar Borong Gong Pauh jalani ujian Covid-19

Peniaga menjalani saringan Covid-19. FOTO: JKNT
Peniaga menjalani saringan Covid-19. FOTO: JKNT
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjalankan ujian saringan koronavirus (Covid-19) terhadap peniaga Pasar Borong Gong Pauh hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, seramai enam pasukan terdiri daripada pegawai perubatan, paramedik dan juruteknologi makmal terlibat dalam saringan yang bermula pada jam 7.15 pagi itu.

“Saringan ini adalah sebagai langkah pencegahan awal yang kita lakukan berikutan terdapat peniaga pasar borong di ibu negara dan negeri lain yang positif Covid-19.

“Sebanyak 170 sampel telah berjaya dikumpul dan saringan kedua akan dilaksanakan sekali lagi pada 17 Mei nanti,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Para peniaga memberikan kerjasama dalam menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO: JKNT
Para peniaga memberikan kerjasama dalam menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO: JKNT

Menurut Dr Nor Azimi, aktiviti saringan itu berjalan lancar dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Pertahanan Malaysia (APM), Polis dan Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh.

“Ini adalah ujian saringan bagi memastikan peniaga pasar borong Gong Pauh bebas Covid-19, jadi kita harap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya ada peniaga dijangkiti hanya kerana petugas kesihatan melakukan saringan di sana,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Nor Azimi (tengah) turut hadir meninjau ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh. FOTO: JKNT
Dr Nor Azimi (tengah) turut hadir meninjau ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh. FOTO: JKNT