Keluarga Koperal Safwan harap pelaku kena hukuman setimpal

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

IPOH - Ahli keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail mahu pelaku yang menyebabkan kematian anggota polis itu dalam nahas di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), pada 3 Mei lalu dikenakan tindakan tegas dan hukuman setimpal.

Kakak Allahyarham, Suraya Mohamad Ismail, 32, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu, namun hati tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

"Pastinya kami sekeluarga reda atas ketentuanNya, arwah lebih disayangi, mudah-mudahan tertuduh menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Beliau berkata, pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam kepada mereka sekeluarga apatah lagi ia berlaku berpunca daripada kecuaian pihak lain.

Begitupun mereka berserah kepada pihak pendakwaan dan yakin keadilan akan terlaksana.

"Ibu dan bapa masih bersedih dengan kejadian ini, kami akan terus menanti perkembangan pendakwaan demi keadilan untuk arwah," katanya.

Semalam seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang atas tiga pertuduhan termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Safwan, 31, yang ketika itu menjalankan sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap Toyota Hilux dipandu tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan

Arwah sempat kongsi detik tahun ke-11 berkhidmat

Koperal Safwan selamat dikebumi dengan istiadat polis

KPN sedih anggota maut angkara pemandu mabuk

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah