X

Kindly register in order to view this article
!

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

Hantaran di Facebook rasmi, Istana Negara
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agon,g Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.

Istana Negara dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Safwan dan berharap agar seluruh keluarganya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - PM ucap takziah kematian Koperal Safwan

"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham sebagai anggota Polis Diraja Malaysia amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda berdua.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Dalam kejadian jam 2.11 pagi tadi, Allahyarham Safwan, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan, selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu pemandu disyaki mabuk dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya (Lekas), di Kajang.

Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19, berhampiran plaza berkenaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!