X

Kindly register in order to view this article
!

KPN sedih anggota maut angkara pemandu mabuk

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A

SERDANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meluahkan kekecewaan apabila masih terdapat segelintir individu yang tidak menghiraukan keselamatan petugas jalan raya.

Luahan Abdul Hamid itu susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang anggota polis yang bertugas semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kilometer 2.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah Plaza Tol Kajang Selatan, Semenyih kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut Abdul Hamid, beliau difahamkan Allahyarham adalah seorang yang cukup baik dan merupakan anggota polis yang berprestasi tinggi.

"Kejadian yang berlaku pada bulan Ramadan amat memilukan hati. Saya rasa sedih dengan berita kemalangan itu yang tidak sepatutnya berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Arwah sempat kongsi detik tahun ke-11 berkhidmat

"Masih ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya.

"Harus diketahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan. Namun ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut. Itu adalah jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Serdang hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berpunca daripada seorang pemandu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan saya berharap dia akan dikenakan hukuman maksima atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang lagi," katanya.

Terdahulu, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!