4.32 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.38 juta.
Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.38 juta.
A
A
A
DATA dari Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan 90,000 kes positif Covid-19 di seluruh dunia dengan jumlah keseluruhan kes kini melepasi 4.32 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.38 juta.

Rusia merekodkan angka jangkitan baharu yang tinggi sekali gus melepasi UK dan Sepanyol untuk berada di kedudukan kedua di belakang AS.

Lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Brazil, Jerman, Perancis, Turki dan Iran.

Negara lain masih mempunyai angka positif Covid-19 di bawah 85,000.

Jumlah pesakit yang sembuh di seluruh dunia pula meningkat kepada 1.52 juta kes.

Setakat ini 188 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Artikel Berkaitan: