Kes positif Covid-19 meningkat di Singapura

 MOH telah mengenal pasti tujuh kluster baharu manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,549 kes yang disahkan.
MOH telah mengenal pasti tujuh kluster baharu manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,549 kes yang disahkan.
A
A
A

SINGAPURA- Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan 675 lagi kes positif koronavirus (Covid-19), menjadikan jumlah jangkitan virus itu di republik berkenaan kini 25,346 kes.

Data awal setakat tengah hari ini menunjukkan bahawa hanya dua kes yang melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Dalam satu kenyataan di sini, MOH memaklumkan maklumat terperinci kes berkenaan sedang diusahakan dan perkembangan terkini mengenainya akan dimaklumkan lewat hari ini.

Singapura setakat ini telah mengklasifikasikan 1,321 sebagai kes komuniti, 580 sebagai kes import, 436 kes yang melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 22,334 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.

Pada masa ini, 3,851 telah pulih sepenuhnya dari jangkitan dan telah dibenarkan keluar dari hospital atau fasiliti rawatan komuniti.

Pada masa ini, 1,132 kes yang disahkan masih dirawat di hospital, 20 daripadanya di unit rawatan rapi manakala 21 telah meninggal dunia.

Kementerian itu memaklumkan bahawa 19,667 kes yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal baik tetapi masih diuji positif untuk Covid-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakat Selasa, MOH telah mengenal pasti tujuh kluster baharu manakala kluster terbesar, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,549 kes yang disahkan.-Bernama

Artikel Berkaitan: