Ustaz Kazim semakin stabil

Perkongsian Mohd Najmuddin di Facebook berhubung kesihatan terkini Mohd Kazim.
Perkongsian Mohd Najmuddin di Facebook berhubung kesihatan terkini Mohd Kazim.
A
A
A

IPOH - Keadaan kesihatan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini semakin stabil.

Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, perkembangan adiknya itu menunjukkan reaksi lebih positif hari ini berbanding sebelumnya.

"Hari ini dah boleh tidur sikit, cuma masih lemah kesan bius, apa pun keadaannya petang ini agak baik sikit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim masuk hospital

Ustaz Kazim ditahan di wad hospital swasta

"Kami ahli keluarga dan peminat-peminatnya pasti gembira dan lega dengan perubahan positif yang ditunjukkan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, proses Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound telah selesai dijalankan, namun masih belum mendapat keputusan terkini.

Bagaimanapun katanya, doktor yang merawat memaklumkan, kesihatan Mohd Kazim mungkin terganggu kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

"Kami amat hargai dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat keadaannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Najmuddin turut menjelaskan, setiap perkongsian yang dibuat berhubung perkembangan penceramah itu bukanlah untuk meraih publisiti.

"Saya memikirkan beliau adalah milik orang ramai, maka saya kena beritahu perkembangannya untuk maklumat tuan puan jua," katanya.

Ahad lalu, Mohd Kazim memuat naik gambar berada di hospital sedang menjalani rawatan selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badan.

Beliau dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu lalu kesihatan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan.