Ustaz Kazim ditahan di wad hospital swasta

Jasmin memaklumkan keadaan terkini Mohd Kazim menerusi satu hantaran di Facebook pendakwah terkenal itu, hari ini.
Jasmin memaklumkan keadaan terkini Mohd Kazim menerusi satu hantaran di Facebook pendakwah terkenal itu, hari ini.
A
A
A

IPOH - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias hari ini dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di sini.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Khas beliau, Jasmin Mastan menerusi satu hantaran di Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini.

Menurutnya, Mohd Kazim dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badan.

"Beliau telah menjalani imbasan magnetik resonan (MRI) dan ultra bunyi sebaik sahaja dimasukkan ke hospital. Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yang dihadapi oleh Datuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim masuk hospital

"Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau," katanya.

Jasmin berkata, sebelum ini, Mohd Kazim menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu lalu kesihatan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.

Semalam Sinar Harian, Mohd Kazim pada Ahad memuat naik gambar berada di hospital sedang menjalani rawatan dan keadaan itu mendapat reaksi netizen tentang keadaan kesihatannya.

Artikel Berkaitan: