Nagarajan stabil, dirawat di hospital

Nagarajan
Nagarajan
A
A
A
PENDAKI Malaysia, RJ Nagarajan dilapor dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

Pejabat Pro Naib Canselor UKM memaklumkan, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM dan dipindahkan terus ke hospital menggunakan ambulans.

"Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada jam 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi Pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.

"Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, Nagarajan, 59, berjaya menakluki tertinggi di dunia, Gunung Everest pada 22 Mei lalu menerusi program Misi ZeroTo8000.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan Nagarajan rakyat Malaysia kedua selepas penjelajah negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.