92 mukim di Johor diisytihar bebas Covid-19

Seorang petugas kesihatan tetap bersemangat ketika bertugas dalam membuat ujian saringan Covid-19. - Foto Bernama
Seorang petugas kesihatan tetap bersemangat ketika bertugas dalam membuat ujian saringan Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 92 mukim di negeri ini telah diisytiharkan sebagai zon hijau selepas tiada lagi kes baharu koronavirus (Covid-19) direkodkan sejak 29 April hingga semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, tiada kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri ini dalam tempoh 10 hari berturut-turut sejak 3 Mei lalu.

"Sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melaporkan jumlah kumulatif kes positif kekal 667 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 152 kes adalah kes aktif.

"Tiada kes kematian direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 18 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut R Vidyananthan, walaupun telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor tetap komited melaksanakan Operasi Sanitasi Awam di seluruh negeri itu.

"Sejak 27 Mac hingga semalam, sebanyak 1,839 lokasi yang merangkumi 700 (bangunan kerajaan), 142 (rumah ibadat), 438 (tempat awam) dan 559 (lain-lain) telah disanitasi," katanya.

Artikel Berkaitan: