Penjawat awam Pahang dapat bonus Aidilfitri RM500

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bayaran akan dibuat pada 19 Mei ini melibatkan peruntukan kira-kira RM4 juta.

Menurutnya, penerima bantuan khas itu melibatkan penjawat awam daripada Gred JUSA dan ke bawah.

“Pemberian bantuan khas Aidilfitri itu sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau juga meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta badan-badan berkanun negeri turut melakukan pembayaran yang sama kepada kakitangan masing-masing.

Katanya, terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT dan badan-badan berkanun di negeri ini.

“Saya berharap bantuan khas ini dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi meraikan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang,” katanya.

Artikel Berkaitan: