Sila log masuk terlebih dahulu.

Bintulu kini kawasan bebas Covid-19

Seorang petugas kesihatan tetap bersemangat ketika bertugas dalam membuat ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan- Foto Bernama
Seorang petugas kesihatan tetap bersemangat ketika bertugas dalam membuat ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan- Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Bahagian Bintulu kini telah bertukar status dari kawasan kuning kepada kawasan hijau kerana telah tidak mencatatkan sebarang kes positif koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 14 hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata, selain itu, Sarawak pada hari ini juga tidak merekodkan sebarang kes positif.

“Pada hari ini terdapat sembilan kes telah sembuh dan discaj dari hospital. Kesemua sembilan kes tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak. Daripada jumlah keseluruhan kes, 67.96 peratus kes positif Covid-19 telah sembuh.

“Bilangan PUI hari ini adalah sebanyak 57 kes manakala PUI yang masih menunggu keputusan makmal adalah sebanyak 42 kes,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: