Kerajaan jamin bekalan keperluan asas mencukupi

Seorang wanita memakai penutup hidung dan mulut ketika membeli barangan keperluan harian sebagai langkah pencegahan susulan penularan Covid-19 di Pasaraya Mydin Ayer Keroh baru-baru ini. - Foto fail Bernama
Seorang wanita memakai penutup hidung dan mulut ketika membeli barangan keperluan harian sebagai langkah pencegahan susulan penularan Covid-19 di Pasaraya Mydin Ayer Keroh baru-baru ini. - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantaun harian terhadap 25 jenis bekalan di 1,052 premis perniagaan termasuk peruncit (839), pemborong (183) dan pengilang(30).

“Tindakan akan diambil jika didapati peniaga, pengeluar, pengilang, pemborong atau peruncit yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan ketika keluar membeli barangan keperluan asas mereka.

Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga telah membuka saluran pengedaran barangan keperluan harian basah seperti sayur, buah, ikan dan daging.

“Bermula sejak 18 Mac lalu sehingga semalam, saluran pengedaran FAMA berjaya melibatkan seramai 1,882petani, 1,700 usahawan dan 11 pasar raya.

“Usaha FAMA ini berjaya memanfaatkan 2.81 juta pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: