Covid-19: Kes kluster kelab malam di Korea Selatan meningkat

Kes jangkitan Covid-19 membabitkan kelab dan bar di Itaewon, kini meningkat kepada 75 orang.
Kes jangkitan Covid-19 membabitkan kelab dan bar di Itaewon, kini meningkat kepada 75 orang.
A
A
A

SEOUL - Kes jangkitan Covid-19 membabitkan kelab dan bar di Itaewon, kini meningkat kepada 75 orang, lapor agensi berita Yonhap pada Isnin.

Datuk Bandar Park Won-soon ketika di wawancara stesen penyiar KBS berkata jumlah kes yang dilaporkan kini mencecah 75 termasuk 49 dicatatkan di Seoul.

Beliau berkata pihak berkuasa bandar raya itu telah mengesan 5,517 orang yang mengunjungi pusat hiburan berkenaan.

Tambah beliau seramai 2,405 sudah berjaya dihubungi, 28 daripadanya terdiri warga asing.

Mereka yang tidak dapat dihubungi dipercayai memberikan maklumat palsu.

Pada Sabtu, pihak berkuasa mengenakan perintah pentadbiran ke atas semua pusat hiburan di Itaewon untuk menutup sementara operasi.- Bernama

Artikel Berkaitan: