Imigresen serbu Pasar Borong Kuala Lumpur

Trak pihak berkuasa dilihat keluar dari kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.
Trak pihak berkuasa dilihat keluar dari kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia bertindak menggempur warga asing di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Serbuan di kawasan yang dikatakan dibanjiri warga Bangladesh, India, Myanmar serta Nepal itu dilakukan kira-kira jam 8.30 pagi.

Dalam tiga jam kemudian, Imigresen dilihat membawa keluar sebahagian besar warga asing dari pasar terbabit dipercayai selepas dikesan melakukan kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Selain itu, rata-rata pengamal media yang hadir bagi membuat liputan di lokasi terbabit pula tidak dibenarkan untuk berada berhampiran kawasan termasuk merakam video dan gambar.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi terbabit diketuai sepasukan pegawai dan anggota Imigresen dengan kerjasama polis.

Operasi berkenaan juga dilaksanakan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Polis dan beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: