Sebulan zon merah, Kota Samarahan kini di zon kuning

Selepas sebulan diisytihar sebagai zon merah, Kota Samarahan, Sarawak kini diletakkan di bawah zon kuning penularan koronavirus (Covid-19).
Selepas sebulan diisytihar sebagai zon merah, Kota Samarahan, Sarawak kini diletakkan di bawah zon kuning penularan koronavirus (Covid-19).
A
A
A

PUTRAJAYA - Selepas sebulan diisytihar sebagai zon merah, Kota Samarahan, Sarawak kini diletakkan di bawah zon kuning penularan koronavirus (Covid-19).

Menerusi data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, daerah itu kini mempunyai 36 kes aktif berbanding keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 93 kes.

Kota Samarahan diletakkan di bawah zon merah pada 8 April lalu selepas kes aktif melebihi 41.

Pengurangan kes di Kota Samarahan itu menjadikan Kuching satu-satunya daerah yang masih diisytihar sebagai zon merah.

Sebanyak sembilan daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon merah dengan Kuala Lumpur masih direkodkan sebagai kes tertinggi dengan 367 kes aktif.
Sebanyak sembilan daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon merah dengan Kuala Lumpur masih direkodkan sebagai kes tertinggi dengan 367 kes aktif.

Bagaimanapun Kuching merekodkan penurunan kes aktif Covid-19 sebanyak tujuh kes menjadikannya kepada 85 kes.

Sementara itu, sebanyak sembilan daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon merah dengan Kuala Lumpur masih direkodkan sebagai kes tertinggi dengan 367 kes aktif.

Sebanyak 76 daerah sebagai zon kuning manakala 116 yang lain diletakkan di bawah kategori zon hijau selepas tiada kes aktif direkodkan.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 6,656 kes positif Covid-19 direkodkan dan hanya 1,523 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital.