Kes jangkitan Covid-19 kembali di Wuhan

Pelajar kembali menjalani sesi persekolahan di Shanghai pada 7 Mei lepas selepas ditutup sejak Januari lalu. - FOTO: AGENSI
Pelajar kembali menjalani sesi persekolahan di Shanghai pada 7 Mei lepas selepas ditutup sejak Januari lalu. - FOTO: AGENSI
A
A
A

BEIJING - China hari ini melaporkan kes pertama koronavirus (Covid-19) selepas lebih sebulan pandemik itu merekodkan sifar jangkitan di Wuhan yang menjadi pusat wabak pertama pada akhir tahun lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) turut mencatatkan peningkatan kes dua digit dalam tempoh hampir 10 hari iaitu sebanyak 14 kes jangkitan baharu telah disahkan.

"Dua daripadanya ialah kes import," jelas suruhanjaya itu lagi.

Difahamkan, tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh hampir sebulan.

Sejak beberapa minggu lalu, China telah berdepan kritikan banyak pihak kerana didakwa menyembunyikan maklumat sebenar tentang wabak itu apabila ia pertama kali dikesan di Wuhan.

Semalam, Timbalan Pengarah NHC, Li Bin menyifatkan penularan Covid-19 menunjukkan kelemahan sistem penjagaan kesihatan awam di Beijing.

Menurutnya, sistem kesihatan di negara itu tidak membuat persediaan secukupnya hingga menyebabkan kekurangan dalam tindak balas China.

"Pandemik itu merupakan ujian besar yang menunjukkan Beijing tidak bersedia dari segi sistem kawalan dan pencegahan, sistem kesihatan awam dan aspek lain berkaitan respons kepada kecemasan," jelasnya. - AFP

Artikel Berkaitan: