X

Kindly register in order to view this article
!

Larang solat di masjid, surau di Pulau Pinang masih kekal: Mufti

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
A
A

GEORGETOWN - Pulau Pinang masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan melibatkan masyarakat awam di masjid dan surau di seluruh negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan muktamad berhubung perkara itu dibuat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi Bernama berkata, larangan itu merangkumi solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat berjemaah yang lain.

Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 8 Mei lepas membincangkan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB dan resolusi berkaitan perkara itu dibawa ke Majlis Raja-Raja sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Wan Salim berkata, sementara menunggu keputusan muktamad diumumkan, Pulau Pinang masih lagi melanjutkan tempoh larangan segala aktiviti yang melibatkan masyarakat diadakan di masjid dan surau di seluruh negeri ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus patuh pada larangan yang telah dibuat sebelum ini merangkumi solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat berjemaah yang lain di masjid serta surau di seluruh Pulau Pinang. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus