Lelaki ditahan jual mercun, bunga api

Antara mercun yang dirampas oleh pihak polis semalam.
Antara mercun yang dirampas oleh pihak polis semalam.
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjual mercun dan bunga api di Bandar Seri Jempol dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Perodua Alza berwarna putih ditahan polis berhampiran kawasan perumahan di Felda Raja Alias kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif

"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu, polis menemui enam kotak mercun mengandungi 36 bungkus mercun bola, bunga api pelbagai jenis dan 60 kotak rokok di tempat duduk belakang.

"Kesemua barangan termasuk kereta Perodua Alza itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 13 Mei dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135(a)(d) Akta Kastam 1967.