Pemandu teksi, kereta sewa disaran daftar PAJ

Mazlan
Mazlan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini disaran untuk membuat pendaftaran dengan kerajaan negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, pengumpulan data pemandu di negeri ini amat penting untuk mengenalpasti pemandu teksi dan kereta sewa yang benar-benar aktif di Johor.

"Ia bagi memudahkan kerajaan negeri memantau dan memberi khidmat nasihat ke arah peningkatan profesionalisme perkhidmatan teksi dan kereta sewa.

"Data-data pemandu ini akan dikemaskini dan disemak bersama dengan data permit pemandu teksi yang dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menyeragamkan data pemandu teksi yang aktif dan berdaftar di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, kerajaan negeri melalui PAJ akan mengeluarkan borang daftar pemandu yang boleh didapati di kaunter pejabat PAJ atau melalui pendaftaran dalam talian di laman web rasmi PAJ.

"Pemandu perlu menghantar borang di kaunter pejabat PAJ atau melengkapkan borang di laman web rasmi PAJ selewat-lewatnya 15 Februari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: