Covid-19: 5,000 maut dalam 24 jam, angka korban terus meningkat

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 76,000 kematian.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 76,000 kematian.
A
A
A
Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 272 ribu kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, dua negara kini melepasi angka 30,000 manakala tiga lagi melepasi 20,000 kes korban.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 76,000 kematian.

United Kingdom dan Itali melepasi angka 30,000 korban dengan keseluruhan masing-masing 31,000 dan 30,000 kes.

Negara di kedudukan keempat dan kelima adalah Sepanyol dan Perancis dengan 26,000 dan 25,000 kes maut.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 10,000 kes.- AWANI