Pramugara di penjara setahun gubah wang haram

Muhamad Aziz bersama wang yang ditemui dalam begnya.
Muhamad Aziz bersama wang yang ditemui dalam begnya.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang pramugara dari Malaysia dipenjarakan setahun di Mahkamah London atas cubaan menyeluduh AS$150,000 (RM807,300) secara tunai dari Lapangan Terbang Heathrow.

Memetik FMT, Muhamad Aziz, 37, dari Selangor, mengaku bersalah pada 22 November atas kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Isleworth dan dihukum penjara 12 bulan.

Muhamad, dikatakan dalam penerbangan Malaysia Airlines dari London ke Kuala Lumpur, menurut laporan laman web Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).

Menurut kakitangan keselamatan di terminal Heathrow, pegawai keselamatan telah melakukan imbasan ke atas beg Muhamad.

Pegawai itu menemui AS$100,000 (RM419,750) dalam bagasi manakala AS$50,000 dalam sut hitamnya. Ketika kejadian, Muhamad tidak bertugas dan ditangkap kesalahan pengubahan wang haram.

NCA melaporkan di laman webnya, Muhamad didakwa membawa wang itu sehari sebelum penerbangan untuk berbelanja bagi membeli beg dan jam tangan di Butik Harrods.

Bagaimanapun, Muhamad memberi alasan tidak sempat berbeli belah kerana keletihan.

"Dia juga enggan menjelaskan bagaimana dia mempunyai dua resit dari pemborong fesyen pada tarikh yang sama dia ditangkap serta kad pendaftaran pelanggan untuk biro pertukaran wang Malaysia," katanya.

Difahamkan, Muhamad adalah anak kabin sebuah syarikat selama 15 tahun dan pasti mengetahui peraturan tentang keluar masuk negara.
Artikel Berkaitan:


"Nampaknya dia mempergunakan pekerjaannya itu untuk kaburi jenayah dilakukan," katanya.

Truby berkata penjenayah terancang itu bergantung kepada jumlah wang tunai untuk mengaut keuntungan mereka, sambil menambah bahawa wang tersebut akan dilucut hak di bawah Akta Pencegahan Jenayah. - FMT