X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

Pertemuan Armada dengan Tun M 'pelik', 'terdesak'

Dr Mahathir Mohamad
A
A

SHAH ALAM - Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mahathir Mohd Rais menyifatkan pertemuan kepimpinan Armada dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai 'pelik'.

Beliau dalam kenyataannya hari ini memaklumkan tidak hadir dalam pertemuan itu namun menganggap pertemuan dengan ketua parti itu juga nampak seakan 'terdesak' dan 'tidak bertanggungjawab'.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pemimpin Armada yang hadir dalam mesyuarat berkenaan tidak membantah ketetapan mesyuarat kerana menghormati pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri itu.

"Gunakanlah akal dan fikiran. Sudah tentu ketetapan yang dibuat di dalam mesyuarat itu berlandaskan atas rasa hormat terhadap Tun (Dr Mahathir).

ARTIKEL BERKAITAN: Armada tolak UMNO, kembali kepada PH

Armada Perak tolak kerjasama dengan PH

"Ada sahabat yang hadir dalam mesyuarat berkata, jika mereka bersuara di dalam mesyuarat itu mungkin mereka akan dilabel sebagai biadab atau kurang ajar.

"Sebab itu mereka mengambil langkah untuk berkecuali demi menghormati Tun yang turut serta di dalam Mesyuarat Agihan Bantuan (Ramadan) tersebut. Pelik tapi benar," katanya dalam kenyataan itu.

Mahathir Mohd Rais
Mahathir Mohd Rais

Mengulas lanjut, beliau menasihati Armada agar melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka dan fokus semula pada pengukuhan dan pemerkasaan parti.

Menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebulat suara bersetuju menolak kerjasama dengan pakatan terdahulu maka urusan Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (PH) perlu diserahkan pada pucuk pimpinan tertinggi parti.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Muzzammil Ismail yang juga Exco Armada Nasional bahawa Perikatan Nasional sememangnya belum berdaftar dan tiada sebarang ikatan yang formal.

"Tetapi itu hanya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku selepas beberapa hari kerajaan baharu dibentuk. Kerjasama politik antara parti-parti dalam Perikatan Nasional pasti akan termeterai.

"Saya bersama rakan rakan Exco dan Ketua Armada Negeri yang lain juga menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta yakin dengan kredibiliti dan kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri," katanya.

Katanya, Kenyataan ‘Armada tolak PN, kembali kepada PH’ adalah tindakan tidak matang puak sedikit di dalam Armada yang tujuannya mahu memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ahli parti.

Terdahulu, Armada Terengganu, Sabah, Selangor dan Perak telah mengeluarkan kenyataan membantah selepas Armada Pusat semalam menyatakan Pemuda Bersatu menolak kerjasama parti itu dengan UMNO di dalam kerajaan Perikatan Nasional dan meminta Bersatu untuk kembali bersama PH.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!