Lelaki ditemukan mati di Port Dickson

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemukan mati tertiarap di belakang Kompleks Pentadbiran Port Dickson, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan terhadap mayat lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditemukan jam 10.48 pagi itu turut mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada tubuh badan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan bedah siasat punca kematian masih belum dikenal pasti.

"Hasil bedah juga didapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 36 jam," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah terhadap kematian mangsa dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, polis akan meneruskan siasatan dan kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau balai polis berhampiran," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: