Pimpinan tertinggi BN putuskan calon MB -Jalaluddin

Sidang media UMNO Negeri Sembilan yang turut dihadiri ADUN PN.
Sidang media UMNO Negeri Sembilan yang turut dihadiri ADUN PN.
A
A
A

SEREMBAN - Penentuan calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu akan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang keputusan atau arahan berhubung calon yang bakal menggantikan Datuk Ismail Lasim.

"Ini adalah keputusan pimpinan tertinggi parti untuk mencadangkan calon Menteri Besar baharu untuk diperkenan Tuanku.

"Kami semua bersetuju untuk mematuhi apa juga keputusan yang akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi," katanya dalam sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan tidak mengetahui jumlah calon Menteri Besar yang akan dikemukakan Presiden kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Selain itu katanya, penghargaan turut dirakamkan kepada pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan kesediaan untuk bersama-sama BN mematuhi apa juga keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan parti.

"Kita menyelesaikan di peringkat kepimpinan ADUN apabila berlakunya suasana terkini dan yang penting bagi semua ADUN BN dan PN mesti mendapat maklumat yang terkini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!