Tindakan pecat ahli PKR tak kena masa

Dr Robert Ling Kui Ee
Dr Robert Ling Kui Ee
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat dan menggantung keahlian beberapa anggota parti itu di saat negara berdepan wabak koronavirus (Covid-19) dianggap tidak kena pada masanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, tindakan itu juga tidak sepatutnya dibuat ketika umat Islam sedang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian PKR Sungai Petani berkata, ketika ini, beliau sendiri sedang menumpukan kepada usaha pemulihan menentang penularan wabak, menangani masalah rakyat terutama bencana banjir kilat yang sering melanda kawasan dan penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas.

"Saya juga merasa pelik dan tidak adil apabila anggota parti dalam bahagian saya turut dikenakan tindakan namun tidak kepada saya sedangkan kami bersama dan mereka adalah tulang belakang saya selama ini.

"Sekarang ini bukan masanya untuk sibuk berpolitik di saat kita sedang berhadapan gelombang ekonomi tidak menentu impak daripada penularan Covid-19.

"PKR sepatutnya memahami keadaan rakyat yang kini berdepan kesukaran setelah 'jatuh' untuk bangkit semula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 348 ahli PKR dipecat langgar etika, disiplin parti

PKR melalui kenyataan sebelum ini memecat 348 ahli dan pemimpin termasuk dua wakil rakyat kerana didapati melanggar etika dan disiplin parti.

Artikel Berkaitan:

Seramai 285 ahli juga dikenakan tindakan digantung sementara keahlian mereka.