348 ahli PKR dipecat langgar etika, disiplin parti

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 348 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecat selepas didapati melanggar tata etika dan disiplin parti termasuk dua wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Batu Lintang, See Chee How.

Sementara pemimpin yang digantung ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha; ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; Setiausaha PKR Selangor, Mohd Radzlan Jalaludin dan Ketua Cabang Kudat, Rahimah Majid.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada 21 Mac dan 26 April lalu telah membincangkan serta meluluskan beberapa syor Lembaga Disiplin berkenaan tindakan itu.

"Kesemua anggota dipecat itu termasuk Muhammad Jailani Khamis (Alor Gajah), Vernon Albert Kedit (Betong), Mohd Nazree Mohd Yunus (Rembau) dan Syarul Ema Rena Abu Samah (Masjid Tanah).

"MPP juga telah bersetuju menggantung sementara keanggotaan 285 anggota sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti

"Lembaga Disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat lima kes Lembaga Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan daripada jumlah itu, satu melibatkan pimpinan iaitu Naib Presiden, Tian Chua (Batu).

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, nama-nama mereka yang dipecat atau digantung akan dimuat naik dalam laman web parti hari ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam mengendalikan setiap kes disiplin, PKR berpandukan kepada perlembagaan parti dan menghormati prinsip keadilan sejagat.

Menurutnya, PKR akan terus menjalankan proses membaik pulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat.

"PKR percaya selepas ini parti akan bertambah kukuh dalam usaha melaksana agenda reformasi demi rakyat Malaysia," katanya.