Jangan sebar berita palsu, kata Rapid KL

Rapid KL memuatnaik penafian gambar yang ditulatkan melalui siaran Facebook miliknya.
Rapid KL memuatnaik penafian gambar yang ditulatkan melalui siaran Facebook miliknya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid KL menafikan gambar di dalam sebuah tren yang sesak dengan orang ramai berlaku di negara ini.

Gambar berkenaan tular di laman sosial semalam, Rapid KL yang turut memuat naik gambar berkenaan di Facebook mereka memaklumkan situasi itu tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL dan tidak berlaku di tren LRT.

"Jadilah pengguna media sosial yang bijak dengan tidak menyebarkan atau menghebahkan berita-berita palsu," katanya menerusi hantaran berkenaan..

Dalam hantaran sama, Rapid KL turut berkongsi keadaan sebenar yang berlaku dalam LRT.

"Gambar kedua merupakan situasi sebenar di dalam LRT ketika PKPB dilaksanakan.

"Dapatkan fakta dari sumber sahih seperti Rapid KL sebelum anda kongsikan di laman sosial. Tidak pasti, jangan kongsi," tulis pentadbir Facebook itu.

Artikel Berkaitan: